Sukan Asia: Chai Lin Ke Pusingan Akhir Acara Kegemaran - Sukan | mStar

Sukan Asia: Chai Lin Ke Pusingan Akhir Acara Kegemaran

Diterbitkan: Isnin, 15 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Perenang jarak jauh wanita negara Khoo Cai Lin berjaya melangkah ke pusingan akhir acara kegemarannya, 400m gaya bebas pada temasya Sukan Asia ke-16 di sini, Isnin.

Pada saringan acara itu yang berlangsung di Pusat Akuatik Aoti hari ini, Cai Lin mencatat masa 4 minit 22.29 saat untuk mara ke pusingan berikutnya.

Bagaimanapun, catatan masa yang dilakukan itu gagal menyamai rekod kebangsaannya iaitu 4:10.75s yang dicatat pada Sukan SEA Laos tahun lepas.

Selain Cai Lin, turut melangkah ke pertandingan akhir ialah kuartet 4x200m gaya bebas lelaki.

Kuartet Malaysia yang terdiri daripada Daniel Bego, Foo Jian Beng, Kevin Yeap dan Kevin Lim mencatat masa 7:39.54s.

Rekod kebangsaan acara ini ialah 7:36.89s dipegang oleh kuartet yang sama, juga ketika beraksi di Sukan SEA Laos.

Kesemua pertandingan akhir acara renang berlangsung pada sebelah petang ini.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan