Skuad Hoki Wanita Negara Sasar Kedudukan Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara mensasarkan untuk berada di kelompok terbaik pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bermula 3 hingga 14 Oktober ini.

Ketua jurulatih hoki negara, Yahaya Atan berkata, pasukan negara berada dalam Kumpulan B bersama England, New Zealand, Kanada dan Wales, dan ia merupakan peluang keemasan kerana mereka bakal berdepan dengan pasukan yang berada dalam ranking terbaik dunia.

“Kami tidak meletak sebarang sasaran tahun ini memandangkan ia lebih kepada persediaan kepada Sukan Asia November ini. Namun apa yang saya harapkan mereka mampu memperbaiki kedudukan pasukan.

“Pada Sukan Komanwel 1998, kita berada ditempat paling corot, namun tahun 2002 pasukan berjaya berada di tangga kelapan, begitu juga pada tahun 2006 kita berada di tangga keenam.

“Prestasi pasukan semakin meningkat setiap tahun dan pencapaian terbesar apabila layak beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Chile,” katanya kepada pemberita, Selasa.

Sementara itu, Yahaya berkata biarpun pemain-pemain akan berdepan dengan pasukan kuat dunia, namun skuadnya telah bersedia sebaik mungkin.

“Kita pernah bertemu New Zealand (ranking ke-6 dunia) dan rekod dalam empat kali perlawanan kita pernah kalah besar 4-0, manakala kalah tipis, 2-1. Barisan pemain juga telah memberi saingan sengit bagi pasukan lawan.

“Manakala kita tidak pernah bertemu dengan pasukan England (ke-5 dunia) dan Wales (ke-27 dunia) sebelum ini.

“Pun begitu saya percaya dengan gabungan pemain baru dan beberapa orang pemain lama, skuad negara bakal memberikan cabaran kepada lawan di New Delhi nanti,” katanya.

Namun dua orang pemain senior yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan adalah Chitra Dewi Arumugam dan Nurul Nadia Mokhtar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia (MWHA), Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berharap pemain-pemain yang terpilih ke New Delhi bukan sahaja perlu menunjukkan aksi terbaik, malah paling penting menjaga nama baik negara.

“Pemain-pemain dianggap sebagai duta yang membawa cabaran negara dan mereka perlulah menunjukkan disiplin yang tinggi. Mengenai cabaran nanti, saya yakin dengan latihan serta persediaan yang rapi, mereka akan memberi persembahan terbaik,” katanya selepas menerima tajaan pasukan daripada G.S Gill.

Katanya, kerjasama MWHA-G.S.Gill telah lama berlangsung dan harap jalinan ini akan berterusan.

“Penajaan G.S.Gill kepada pasukan negara telah memberi motivasi kepada semua pemain. Setiap musim jumlah tajaan semakin bertambah dan kami sangat menghargai.

Tahun ini G.S.Gill telah menaikkan nilai tajaan berjumlah RM120,000 berbanding tahun sebelumnya RM100,000.

Senarai pemain yang terpilih ke Sukan Komanwel ialah Ayuni Yahya, Fazila Sylvester Silin, Siti Rahmah Othman, Sebah Kari, Noor Hasliza Md Ali, Rabiatul Adawiyah Mohamed, Siti Noor Amarina Ruhani, Juliani Mohamad Din, Norfaraha Hashim, Catherine Lambor, Norashikin Halim, Norazlin Sumantri, Nurani Abdul rashid, Nadia Abdul Rahman (kapten), Norbaini Hashim dan Siti Noor Hafiza.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan