Hanya 24 Acara Dipertandingkan Pada Sukma Mulai 2011

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sukan Malaysia (Sukma) yang menjadi temasya tahunan mulai tahun depan akan hanya mempertandingkan maksimum 24 jenis sukan termasuk lima sukan pilihan, kata Majlis Sukan Negara (MSN), Isnin.

Ketua Pengarahnya Datuk Zolkples Embong berkata langkah mengehadkan bilangan jenis sukan pada temasya itu bagi mengelak penganjur dibebani dengan masalah kewangan.

"MSN memperuntukkan hanya RM3 juta untuk SUKMA edisi pertama di Kuala Lumpur pada 1986 tetapi tuan rumah Melaka membelanjakan lebih RM34 juta untuk edisi ke-13 pada Julai lalu," katanya,.

Sebelum itu, Zolkples membentangkan kertas kerja bertajuk `Sukan Malaysia Sebagai Pemangkin Kepada Pembangunan Sukan di Malaysia' pada Seminar Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.

Seminar dua hari itu bertujuan melicinkan aturan SUKMA selepas Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) pada Mei lalu memutuskan bahawa temasya tersebut diadakan setiap tahun, berselang seli di antara MSN di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dengan negeri-negeri.

SUKMA 2011 akan dikelolakan oleh MSN di Bukit Jalil sementara tahun berikutnya akan diadakan di Pahang.

Sukan wajib pada SUKMA ialah akuatik (renang, terjun), badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, olahraga, skuasy, tenpin boling, angkat berat, berbasikal, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, silat, sepak takraw, taekwondo dan wushu.

Acara pilihan pula ialah besbol, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola tampar pantai, ekuestrian, petanque, golf, judo, kabaddi, kenu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping-pong, ragbi, silambam, snuker & biliard, sofbol, tenis, tinju, bola baling, woodball, renang irama dan polo air.

Zolkples berkata bagi acara pilihan, acara yang telah dipertandingkan, tidak boleh dipilih oleh tuan rumah berikutnya.

"Bagaimanapun, acara pilihan yang cemerlang di kejohanan antarabangsa seperti Sukan SEA, Komanwel atau Sukan Asia, akan dinaiktaraf ke acara wajib pada SUKMA," katanya.

Seminar tersebut dihadiri oleh Majlis Sukan Negeri, persatuan sukan dan pentadbir sukan dan hasil daripada seminar tersebut akan diteliti oleh Ahli Lembaga Pengurusan MSN dan Majlis Tertinggi SUKMA sebelum dibentangkan kepada JKPS.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan