suria

Heidfeld Pemandu Baru Sauber

PEMANDU kelahiran Jerman, Nick Heidfeld akan mengantikan Pedro de la Rosa (gambar) dalam pasukan Sauber bagi meneruskan lima baki perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Heidfeld mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaaan F1 yang mana sebelum ini dia bersama bersama pasukan Swiss dari 2001 hingga 2003 dan bersama BMW sehingga pasukan itu menarik diri dari perlumbaan tahun lalu.

“Ia merupakan satu keputusan yang sukar dibuat dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pedro yang menunjukkan sikap profesionalnya,” kata Peter Sauber dalam satu kenyataan.

Sauber berkata, kehadiran Heidfeld diharap dalam mengubah kedudukan pasukan dalam kelompok terbaik perlumbaan akan datang.

“Seperti sedia maklum Nick merupakan pelumba yang hebat dan akan membantu pasukan meneruskan perlumbaan,” katanya.

Sementara itu, De la Rosa, 39, yang bersama Jaguar musim lalu tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya.

Dia hanya mengumpul 27 mata untuk pasukan dan 21 mata bersama rakannya dari Jepun, Kamui Kobayashi dan hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 pada Grand Prix Itali minggu lalu.

“Saya sangat terkejut dengan keputusan pasukan tetapi saya menghormatinya. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan ini dalam menghadapi baki cabaran.

“Apa pun saya akan terus menyertai F1 tahun depan,” katanya.

Artikel Sebelum

Wenger Bangga Kebangkitan Fabregas

Artikel Berikut

Guardiola Tak Salahkan Pemain

Artikel Lain