Kejohanan Skuasy Piala Dunia 2011 Di Chennai, India

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHENNAI: India akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Skuasy Piala Dunia pada bulan Mac 2011, yang akan menyaksikan pemain handalan dari 16 negara berentap untuk merebut gelaran juara skuasy dunia. India menjadi negara Asia kedua mwenganjur kejohanan itu, selepas Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan sulung pada tahun 1996, dan ibu negeri Tamil Nadu, Chennai, menjadi venue perlawanan kali ini.

"Kami jangka 16 negara gergasi sukan skuasy akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang diadakan di gelanggang serba kaca di Chennai," kata jurulatih perunding bagi Squash Racquets Federation of India (SRFI), Mejar (B) S.Maniam di sini Selasa.

Piala Dunia SDAT WSF (Sports Development Authority of Tamil Nadu-World Squash Federation) dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 12 Mac 2011.

Chennai juga dijangka menjadi tuan rumah kepada acara dwi tahunan itu pada tahun 2013 dan 2015.

Kejohanan itu membabitkan format perlawanan dua lelaki dan seorang wanita, dengan pemain handalan yang menjadi pilihan ramai adalah dari Australia, Mesir, England, Perancis, Malaysia, Belanda dan tuan rumah India, kata Maniam, yang juga adalah pengarah latihan Persekutuan Skuasy Asia. Kejohanan itu akan menampilkan hadiah-hadiah yang bernilai US$125,000 (RM387,500), dengan US$50,000 (RM155,000) menjadi hadiah kepada pasukan yang muncul juara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan