Kejayaan Podium Di China Hadiah Raya Paling Bermakna Kepada Mohd Afiq

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu muda negara, Mohd Afiq Ikhwan bekata kejayaan podium pada hari kedua perlumbaan siri Formula BMW Pasifik di Guangzhou, China, minggu lepas, sebagai dorongan yang diperlukan dalam kariernya.

Menyifatkan pencapaian tempat ketiga di Litar Antarabangsa Guangdong itu sebagai hadiah terbaik Hari Raya, pemandu berusia 19 tahun dari pasukan Meritus Grand Prix itu kini menetapkan sasaran podium pada pusingan ke-11 dan 12 siri perlumbaan itu di Singapura pada 24 hingga 26 September ini.

Saingan di Singapura itu merupakan perlumbaan sokongan Formula Satu Grand Prix Singapura.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Mohd Afiq berkata beliau tidak begitu bernasib baik pada 10 pusingan awal sebelum ini pada penampilan sulung dalam siri Formula BMW Pasifik musim ini.

"Saya masih perlu memperbaiki pemanduan saya tetapi meraih tempat ketiga di China telah memberi harapan bahawa saya boleh melakukan terbaik pada baki lima perlumbaan musim ini," katanya. Selepas perlumbaan di Singapura, Mohd Afqia akan bersaing di Jepun pada 29 hingga 31 Oktober ini sebelum tirai musim menutup di Macau dari 19 hingga 21 November ini.

Mohd Afiq, yang mengambil cuti Hari Raya untuk bersama keluarganya di Ulu Langat, Selangor, berkata beliau akan menjaga soal pemakanan semasa menyambut Hari Lebaran bagi menjaga kecergasannya.

"Saya ingin berjaya di Singapura kerana ia merupakan kali pertama beraksi di trek jalanan dan membantu menyumbang pungutan mata kepada pasukan," katanya yang kini mengumpul 34 mata selepas 10 pusingan.

Pasukan Meritus Grand Prix telah menjuarai acara berpasukan Formula BMW Pasifik sejak tujuh tahun lalu dan kini menduduki tangga kedua dengan 193 mata, iaitu 49 mata di belakang pendahulu, Eurasia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan