Kwong Beng Tewaskan Soon Huat Untuk Muncul Juara Terbuka Kedah

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Chan Kwong Beng menamatkan aksi hebat Goh Soon Huat mengejutkan pemain pilihan kejohanan Badminton Terbuka Kedah selepas menewaskan pemain itu pada perlawanan akhir perseorangan lelaki 21-16, 15-21, 21-18, di sini, Sabtu.

Dalam perlawanan yang berlarutan lebih satu jam itu, Kwong Beng dari Perak memusnahkan harapan Soon Huat dari Melaka yang sebelum ini dilihat berpeluang menjuarai kategori tersebut setelah menewaskan pilihan kejohanan Tan Chun Seang semalam.

Perseorangan wanita dimenangi pula Lydia Cheah Li Ya yang juga dipaksa bertarung tiga set sebelum menewaskan Sonia Cheah Su Ya 21-17, 19-21, 21-16.

Beregu lelaki dimenangi pasangan muda Goh Wei Shem/Teo Kok Siang yang mengalahkan Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong juga menerusi tiga set 21-16, 20-22, 21-11, sementara Goh Liu Ying/Lim Yin Loo mengatasi Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, 21-18, 21-15 untuk menjuarai beregu wanita.

Beregu campuran pula menyaksikan kejutan apabila pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menumpaskan pemain senior negara Tan Boon Heong/Chin Eei Hui 7-21, 21-15, 21-19.

SUKAN-BADMINTON (KEDAH) 2 (AKHIR) ALOR SETAR Keputusan (Semua perlawanan akhir): Perseorangan lelaki: Chan Kwong Beng (BAM/PRK) mn Goh Soon Huat (BAM/MEL) 21-16, 15-21, 21-18. Perseorangan wanita: Lydia Cheah Li Ya (BAM/KL) mn Sonia Cheah Su Ya (BAM/KL) 21-17, 19-21, 21-16. Beregu lelaki: Mak Hee Chun (BAM/PRK)-Tan Wee Kiong (BAM/JOH) mn Goh Wei Shem (BAM/KL)-Teo Kok Siang (BAM/JOH) 21-16, 20-22, 21-11. Beregu wanita: Goh Liu Ying (BAM/MEL)-Lim Yin Loo (BAM/NS) mn Vivian Hoo Kah Mun (BAM/KL)-Woon Khe Wei (BAM/SEL) 21-18, 21-15. Beregu campuran: Chan Peng Soon (BAM/PEN)-Goh Liu Ying (BAM/MEL) mn Tan Boon Heong (BAM/SEL)-Chin Eei Hui (BAM/PEN) 7-21, 21-15, 21-19. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan