suria

Vidic Setuju Tawaran Baru United

PEMAIN pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic (gambar) bersetuju menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab gergasi England itu.

Vidic, 28, yang baru saja kembali daripada tugas antarabangsa di Afrika Selatan bersama Serbia sentiasa dikaitkan akan meninggalkan Old Trafford.

Namun spekulasi itu sudah terjawab apabila dia bersetuju memperbaharui kontrak dengan United.

"Saya amat bangga untuk mengesahkan bahawa kami mempersetujui syarat dengan Vidic, tiga atau empat minggu lalu dengan kontrak jangka panjang. Vidic akan menandatangani kontrak itu selepas pulang dari percutiannya kelak," kata Ketua Eksekutif United, David Gill dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web kelab itu.

Gill yakin kontrak baru itu akan ditandatangani sepenuhnya dan diselesaikan pada awal Ogos ini.

Vidic menyertai Red Devils pada 2005 dan melakukan 186 penampilan dan menjaringkan 13 gol.

Artikel Lain