Ujian Pemilihan Pemain Piala Presiden Negeri Sembilan Di Semua Daerah

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain pasukan Piala Presiden bagi tahun depan bermula Sabtu ini.

Setiausaha eksekutif PBNS Datuk Ibrahim Shamsudin berkata pemilihan pemain kali ini diadakan di peringkat daerah mulai Sabtu ini.

"Pemain yang ingin menjalani ujian pemilihan ini mesti tahun lahirnya pada 1991, 1992 atau 1993," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Ujian pemilihan fasa pertama pada Sabtu ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih, Palong dan padang Majlis Daerah Jempol; pada Ahad di padang Pasir Besar dan Stadium Mini Tampin; pada Isnin di padang Majlis Daerah Rembau; pada Selasa di padang Majlis Daerah Kuala Pilah; pada Sabtu depan di padang Rahang, Seremban dan pada Ahad depan di padang Merdeka, Port Dickson dan padang Majlis Daerah Kuala Klawang.

Ibrahim berkata pemilihan fasa kedua pula akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini pada 8 Ogos. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan