Kien Keat/Boon Heong Bertemu Hee Chun/Wee Kiong Dalam Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pasangan beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan bertemu rakan senegara Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong pada perlawanan suku akhir beregu lelaki Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia.

Kien Keat dan Boon Heong menewaskan rakan senegara Ow Yao Han/Yew Hong Kheng 21-7, 21-13 pada kejohanan yang berlangsung di sini, malam Khamis.

Pemain bukan pilihan Hee Chun dan Tan Wee Kiong membuat kejutan apabila menewaskan bergeru Malaysia yang merupakan pilihan ketujuh Chan Peng Soon/Lim Khim Wah 12-21, 22-20, 21-15.

Beregu pilihan keenam negara Gan Teik Chai/Tan Bin Shen pula menewaskan pasangan Singapura Liu Yi/Terry Yeo Zhao Jiang 21-15, 21-16 dan akan bertemu beregu Indonesia Hendra Aprida Gunawan/Alvent Yulianto Chandra yang menewaskan pasangan Malaysia Nelson Heg Wei Keat/Teo Ee Yi 21-6 21-18.

Beregu pilihan kelapan dari Hong Kong Yohan Hadikusumo Wiratama/Wong Wai Hong yang menewaskan pasangan negara Chooi Kah Ming/Pang Zheng Lin 21-14, 21-16 akan bertemu beregu Indonesia Angga Pratama/Rian Agung Saputro yang menewaskan rakan senegara mereka Fernando Kurniawan/Wifqi Windarto 17-21, 21-13, 21-15.

Satu lagi pasangan Indonesia Candra Wijaya/Luluk Hadiyanto yang menewaskan beregu pilihan kelima negara Choong Tan Fook/Lee Wan Wah 21-17, 21-17 akan bertemu rakan senegara mereka Hendra Setiawan/Markis Kido yang menewaskan pasangan Malaysia Hoon Thien How/Ong Soon Hock 21-19, 19-21, 22-20. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan