suria

Anak SuperMokh Berkahwin Hari Ini

Mohd Reza dan Sharina sudah mengenali hati budi masing-masing sejak enam tahun lalu.
Mohd Reza dan Sharina sudah mengenali hati budi masing-masing sejak enam tahun lalu.
Mohd Reza dan Sharina sudah mengenali hati budi masing-masing sejak enam tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Mohd Reza Mohd Mokhtar, anak tunggal legenda bola sepak negara, arwah Datuk Mokhtar Dahari memilih untuk melangsungkan perkahwinannya dalam kehangatan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Penyokong setia England dan Manchester United itu akan mengikat tali perkahwinan dengan pasangannya, Sharina Mohd Shahrin di Shah Alam hari ini.

"Saya menyaksikan hampir kesemua perlawanan Piala Dunia sambil membuat persediaan untuk perkahwinan saya.

"Ia amat bermakna kerana setiap ahli keluarga saya merupakan peminat setia bola sepak," kata anak lelaki SuperMokh berusia 29 tahun itu.

Mokhtar, antara penyerang yang digeruni di Asia pada lewat tahun 70-an dan 80-an masih dikenang kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Beliau meninggal dunia pada 1991.

Mohd Reza yang mewakili Selangor dalam Piala Presiden bekerja sebagai eksekutif perhubungan awam di UMW manakala bakal isterinya, Shahrina, 28, adalah eksekutif di Kolej Technology Park.

Mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak 2004.

Artikel Sebelum

Van Persie Dibawa Ke Hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain