Barca Terus Buru Fabregas, Villa Selangkah Ke Nou Camp

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Villa semakin hampir untuk menyarung jersi Barca. Foto AP
Villa semakin hampir untuk menyarung jersi Barca. Foto AP

BARCELONA: Juara La Liga, Barcelona semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang Valencia, David Villa walaupun mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk menyambut kepulangan semula pemain tengah, Cesc Fabregas ke Nou Camp.

Kelmarin, Presiden Barca, Joan Laporta menegaskan perbincangan antara kelabnya dan Valencia berhubung perpindahan Villa sedang giat dilakukan dan akan diputuskan segera.

Naib Presiden Barca, Rafael Yuste berkata, cubaan untuk membawa masuk semula kapten Arsenal, Fabregas yang merupakan produk cemerlang kelab Catalan itu lebih rumit memandangkan perbincangan antara kedua-dua pasukan terus menemui jalan buntu.

"Namun kedua-dua pemain berjanji untuk menyertai kami dan itu yang membuatkan segalanya lebih mudah," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Yuste, jurucakap Arsenal berkata, kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak pernah memberi sebarang komen mengenai spekulasi perpindahan Fabregas manakala jurucakap Valencia turut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan segera.

Fabregas yang masih mempunyai kontrak di Emirates sedang memulihkan kecederaan di kaki kanannya dan akan memperkuat Sepanyol dalam usaha untuk menjuarai trofi Piala Dunia pertama bermula bulan depan.

Jika dia kembali ke Barca, pemain berusia 23 tahun itu akan menyertai rakan pasukan kebangsaannya, Xavi dan Andres Iniesta untuk memperkukuh bahagian tengah kelab tersebut.

Laporta bagaimanapun menyangkal khabar angin dalam media Sepanyol bahawa Xavi akan dijual untuk menampung perbelanjaan terhadap pembelian Fabregas.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan