32 Pasukan Berentap Pada Liga Futsal Kebangsaan 2010

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 pasukan termasuk 16 pasukan wanita akan bersaing pada Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2010 yang akan bermula Julai ini.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000 itu akan dilangsungkan sebanyak lapan pusingan berbanding empat pusingan pada tahun lepas.

"Penambahan empat pusingan ini adalah bagi membolehkan para pemain mendapat peluang yang lebih banyak untuk bermain dalam perlawanan yang kompetitif," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas majlis pengundian kejohanan itu di sini hari ini.

Hamidin berkata kejohanan itu juga merupakan antara platform kepada FAM bagi mencungkil bakat baru untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan yang kini dibimbing oleh jurulatih Maizal Hairi Marzuki.

"Ini kerana kita mempunyai beberapa kejohanan besar yang akan disertai terutamanya untuk mempertahankan pingat perak (di Sukan SEA Korat, Thailand pada 2007) di Sukan SEA di Indonesia pada tahun depan," katanya.

Kejohanan yang memasuki edisi keempat itu dijalankan secara liga satu pusingan dengan 16 pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, A dan B.

Dua pasukan teratas setelah mengharungi lapan pusingan akan mara ke pusingan akhir dan akan sekali lagi beraksi secara liga dengan dua pasukan teratas mara ke perlawanan akhir.

Pada tahun lepas, KL Figos FC dan Selangor masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Pada perlawanan akhir itu KL Figos FC berjaya menewaskan T-Team dengan jaringan 5-3 manakala Selangor menumpaskan juara bertahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1.

Lelaki: Kumpulan A: KL FIGOS FC (juara bertahan), Pulau Pinang, Kelantan, Selangor PKNS FC, Sabah, Kelab Bola Sepak Batang Padang (Perak), Felda United FC, Selangor. Kumpulan B: T-Team, Pahang, KWSP FC, Johor FC, ATM, Selangor MPSJ FC, Perak MBI FC, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.

Wanita: Kumpulan A: Selangor (juara bertahan), KL Figos FC, Negeri Sembilan, ATM, Kedah, Terengganu, Selangor PKNS FC, Felda United. Kumpulan B: PDRM, Sabah, Selangor MPSJ FC, Johor Melodi Jaya, UMS FC, KL Putra Ria, Johor, Selangor MBPJ FC. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan