suria

Qobin Dapat Anak Sulung

KUALA LUMPUR: Qobin, pendaki negara yang kini dalam usaha menjayakan siri penjelajahan ke tujuh puncak tertinggi di tujuh benua, hari ini bersyukur kerana menerima cahaya mata sulung yang dinamakan Thariq Alfatih.

Isterinya, Nabiha Mustapha, selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 5.16 petang di Tropicana Medical Centre, Kota Damansara di sini.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau kepada Bernama, Qobin atau nama sebenarnya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 28, bersyukur dengan kelahiran anak pertamanya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Artikel Lain