Sembilan Negara Sertai Kejohanan Wing Chun Dunia

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para peserta dari sembilan negara akan menyertai satu pertandingan kesenian mempertahankan diri kaum Cina, Kejohanan Wing Chun Dunia yang akan diadakan di sini pada 19 hingga 23 Mei.

Presiden World Academy of Martial Arts Philosophy and Science Prof Datuk Dr Sabree Salleh berkata pengamal-pengamal Wing Chun dari Singapura, China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Indonesia, Thailand, Belanda dan Malaysia akan menyertai kejohanan yang akan diadakan pusat beli-belah One Utama.

"Penerimaan kesenian pertahanan diri Wing Chun dalam kalangan rakyat Malaysia yang berlainan budaya dan kaum membuktikan integrasi dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Maka, saya amat bangga acara ini memperkenalkan Malaysia sebagai pusat kesenian mempertahankan diri dunia dan mempromosikan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wing Chun adalah satu konsep kesenian mempertahankan diri Cina hasil penggunaan pukulan dan cengkauan serta pengkhususan dalam melakukan serangan jarak dekat.

Dr Sabree berkata kejohanan itu akan menyaksikan pertemuan atlet Wing Chun dari seluruh dunia untuk mendemonstrasikan kemahiran dan teknik luar biasa mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan