Persatuan Lawn Tenis Sasar Lahir 1,000 Pemain Remaja

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Persatuan Lawn Tenis Malaysia (PLTM) menyasarkan untuk melahirkan lebih 1,000 pemain muda terdiri daripada kanak-kanak dan remaja di seluruh negara menerusi program pembangunan sukan tenis bagi mengembalikan kegemilangan serta pencapaian di peringkat antarabangsa. Naib presiden PLTM Cheng Joo Chong berkata program yang dilaksanakan di negeri dan daerah itu akan memberi peluang untuk mengetengahkan bakat-bakat muda ke peringkat lebih tinggi.

"Kita yakin Malaysia mampu melahirkan pemain berkaliber untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dicapai pada masa lepas," katanya selepas pelancaran klinik tenis di bawah program pembangunan oleh Timbalan Pengurus II Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Ismail Ahmad Said di sini hari ini.

Seramai 120 pemain terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dari pulau ini menyertai klinik yang diadakan bagi siri pertama di Malaysia yang dikendalikan pengarah jurulatih PLTM, Taisto Sinkkonen dari Finland.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan