suria

Anuar Terus Terima Sumbangan Atas Kejayaan Pada LTDL 2010

KUALA LUMPUR: Anuar Manan yang meraih kemenangan satu peringkat dan jersi Hijau selaku Raja Pecut pada Le Tour de Langkawi baru-baru ini berkata insentif yang diterimanya menguatkan semangat untuk memburu kemenangan yang lebih besar di peringkat antarabangsa.

"Ini memberi semangat untuk saya mengejar cita-cita utama dalam sukan berbasikal iaitu menjadi pelumba profesional bersama pasukan Pro Tour dan berkayuh di jelajah paling berprestij iaitu Tour de France," katanya kepada pemberita selepas menerima RM5,000 daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).

Pada majlis yang sama, pelumba berusia 24 tahun itu juga menerima pakej daripada Genting Malaysia Berhad bernilai RM2,000 untuk pelancongan dan baucer membeli-belah.

Anuar turut menerima sumbangan RM3,000 daripada Cendana Resources Sdn Bhd. - BERNAMA

Artikel Berikut

Jadual Liga Inggeris

Artikel Lain