suria

Penunggang RTES Ungguli Kejohanan Kuda Lasak

KUALA TERENGGANU: Penunggang daripada pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mengungguli Kejohanan Kuda Lasak anjuran RTES apabila empat pesertanya menduduki tangga teratas kejohanan itu yang berakhir awal pagi ini.

Abdul Halim yang mengetuai rakannya menduduki tempat pertama diikuti Mohd Bukhari (kedua), Mohd Afifi Firdaus (ketiga) dan Asri Abdul Aziz (keempat) manakala tempat kelima dimenangi Datuk Mohd Shuaib Ishak dari pasukan Ar-Raudhah Equine Centre.

Dengan kemenangan itu, Abdul Halim meraih hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua (RM750), ketiga (RM500), keempat (RM400), kelima (RM300) dan RM200 kepada peserta yang mampu menamatkan perlumbaan.

Sebanyak 13 daripada 15 peserta berjaya menamatkan perlumbaan kuda lasak itu.

Bagi peringkat kebangsaan, Muhamad Suhaidi Syawal dari pasukan An-Nassir Equestrian Club menduduki tempat pertama manakala Amir Ghani Ahmad (Penn Endurance) kedua, Tengku Sri Temenggong Raja (State of Terengganu Endurence Team) ketiga dan Aizuddin Aripin (Masterscaff Endurence) keempat dari enam peserta yang mengambil bahagian.

Bagi kategori 40 kilometer pula Aminuddin Abdullah dan Mohd Faizal Hamid dari State of Terengganu Endurance Team (STET) masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua manakala Zainuddin Yusof dari Elmina Equestrian Centre menduduki tempat ketiga.

Sebanyak 33 penunggang mengambil bahagian dalam kategori 40km itu bagi melayakkan peserta bertanding dalam acara 80km dalam kejohanan akan datang.

Kejohanan kuda lasak itu diadakan antara lain bertujuan bagi persiapan Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka pada pertengahan Jun depan.

Ia juga diadakan untuk pendedahan kepada penunggang-penunggang baru yang ingin meningkatkan kategori perlumbaan masing-masing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Lain