Tevez Letak Man City Dalam Mimpi Indah...

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Carlos Tevez muncul hero Manchester City malam tadi (awal pagi waktu Malaysia) apabila penyerang Argentina itu meledakkan tiga gol untuk kelabnya menewaskan Blackburn 4-1.

Kemenangan itu merupakan yang kelima berturut-turut dan meletakkan Manchester City di tangga ke-4 liga, satu lebih anak tangga daripada Tottenham Hotspur.

Manakala hatrik Tevez pula merupakan golnya yang ke-15 daripada 21 perlawanan sejak dia meninggalkan Manchester United.

Satu-satunya perkara yang mungkin sedikit mengecewakan Roberto Mancini sejak dia mengambilalih daripada Mark Hughes ialah perlawanan malam tadi merupakan yang pertama pasukan di bawah bimbingannya itu melepaskan gol dalam empat perlawanan.

Kemenangan ini juga menambah yakinkan City serta penyokong setia mereka bahawa pemilik kelab telah melakukan sesuatu yang betul dengan melantik Mancini sebagai pengurus mereka yang baru.

Jika City mampu mengekalkan rentak sehingga akhir musim ini, tidak mustahil mereka mampu mencapai matlamat untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Apatah lagi Tevez sekarang benar-benar serius untuk membuktikan bahawa Sir Alex Ferguson telah melakukan kesilapan pribadi terbesarnya dengan melepaskan penyerang itu ke City dengan harga perpindahan £25.5 juta.

Dan sebelum perlawanan malam tadi bermula, Tevez telah diberi penghormatan untuk menerima gelaran pemain terbaik bulanan City dan mungkin itu menjadi penyebab prestasinya terus melonjak dengan meledakkan tiga biji gol.

Bagi Ferguson, prestasi menacak Tevez sudah pasti akan menghantuinya apatah lagi mereka akan bertemu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Carling Selasa depan.

Secara statistik, Tevez kini telah menjaringkan sama banyak gol dengan Wayne Rooney musim ini walaupun bermain kurang satu perlawanan berbanding bekas rakan sepasukannya itu. Tetapi rekod golnya musim ini jauh lebih baik berbanding Dimitar Berbatov dan Michael Owen disatukan.

Sejurus selepas perlawanan itu, Mancini menyifatkan Tevez sebagai salah seorang daripada 10 penyerang terbaik Eropah musim ini malah mendedahkan bahawa dia pernah mencuba untuk mendapatkan penyerang itu ketika dia menguruskan Inter Milan dahulu.

Berbanding City, Blackburn yang juga sebelum ini pernah diuruskan oleh Mark Hughes sebelum dia disambar oleh City sedang melalui saat-saat yang memeritkan.

Pasukan ini tidak mencatatkan sebarang kemenangan sejak 22 November lalu dan pengurusnya Sam Allardyce menyifatkan kekalahan mereka di tangan City merupakan satu hantukan realiti yang bakal menjejaskan keyakinan pasukannya.

Allardyce yang dikenali sebagai seorang yang mengamalkan disiplin dan pengurusan organisasi yang tersusun nampaknya tidak dapat memberikan sentuhan ajaibnya ke atas Blackburn sebagaimana yang pernah dia lakukan ke atas Bolton.

Tetapi Allardyce mengakui pertahanannya yang lemah turut menyumbang kepada pesta gol City sehinggakan dia berkata "Otak saya enggan mempercayai apa yang pasukan saya telah lakukan..."

Pada masa yang sama, Patrick Vieira, bekas kapten Perancis yang baru sahaja menjadikan dirinya sebagai pemain tertua EPL dengan bayaran paling lumayan sudah pastinya gembira dengan prestasi pasukan barunya itu.

Vieira sepatutnya diturunkan buat pertama kalinya dalam perlawanan itu tetapi terpaksa melupakan hasratnya buat sementara waktu apabila doktor pasukan menasihati Mancini supaya tidak mengambil risiko dengan kecederaan yang sedang dialami oleh bekas pemain Inter Milan itu.

Dan kemenangan City ke atas Manchester Utd Selasa depan, seandainya berlaku, akan melenyapkan terus nama Mark Hughes dalam memori penyokong-penyokong setia City yang pada mulanya kelihatan seperti ingin memberontak sebaik sahaja dia dipecat baru-baru ini. Percayalah...

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan