Manchester United turun bintang utama menentang Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kebangsaan Malaysia akan berhadapan dengan cabaran cukup getir menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, apabila pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyenaraikan pemain-pemain bintang utama mereka untuk perlawanan itu nanti.

Bagaimanapun satu-satunya bintang Asia dalam pasukan Manchester United, Park JiSung dari Korea Selatan, yang menyertai pasukan Red Devils itu pada Julai 2005, tidak diletakkan dalam senarai yang disediakan oleh penganjur perlawanan MU Asia Tour 2009, ProEvents International Sdn Bhd.

"Kami baru mendapat pengesahan senarai pemain petang ini, kami tidak tahu mengapa Park JiSung tidak disenaraikan," kata jurucakap kepada penganjur itu di sini.

Berdasarkan senarai pemain yang dikemukakan, 18 pemain Manchester United yang akan turun padang nanti terdiri daripada pemain pasukan utama, dan empat lagi dari simpanan.

Jurulatih pasukan kebangsaan, K.Rajagobal dijangka menamakan senarai pemainnya semasa persidangan akhbar bersama, hari ini.

Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama bagi Manchester United dalam siri Asian Tour 2009 mereka, sebelum mereka ke Jakarta, Indonesia, untuk bertemu dengan Indonesian All Stars pada 20 Julai.

Kemudiannya pasukan kendalian Sir Alex Ferguson itu akan menentang FC Seoul di Korea (24 Julai) dan pasukan dari China Hangzhou Greentown (26 Julai).

Pasukan itu kemudiannya akan beraksi dalam perlawanan pembukaan EPL musim 2009/2010 untuk Community Shield, menentang Juara Piala FA, Chelsea, di Stadium Wembley pada 9 Ogos.

Pada 15 Ogos pasukan Red Devils itu akan memulakan saingan mempertahankan gelaran juara liga di Old Trafford menentang Birmingham.

Senarai pemain Manchester United:

(Pasukan utama) Tomasz Kuszczak, Van Der Sar, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Nani, Gary Neville, Wes Brown, Wayne Rooney, Ryan Giggs, Zoran Tosic, Anderson, Darren Fletcher, Paul Scholes, Michael Owen, Dimitar Berbatov, Michael Carrick, Ben Foster, John O'Shea.

(Simpanan) Federico Macheda, Darren Gibson, Fabio de Silva, Jonny Evans.

Pemain Malaysia yang di senarai pendek bagi perlawanan menentang MU:

Mohd Farizal Marlias, Amar Rohidan, Mazlizam Mohamad, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhayameen Zambri, V.Thirumugan, Mat Sabree Abu, Mohd Amri Yahyah, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zaquan Abdul Radzak, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, S.Kunalan, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Indra Putra Muhayuddin, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Omar, Mohd Azmi Muslim, Norshahrul Idlan Talaha, Stanley Benard Stephen Samuel, Syed Adney Syed Hussein, Mohd Muslim Ahmad, K.Gurusamy, Ahmad Shakir Ali, Farderin Kadir, G.Mahathevan, Kamarul Afiq Kamruddin.

BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan