suria

Kedah layak ke pusingan kedua Piala AFC

BANGKOK: Kedah layak ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan C walaupun tewas 13 kepada wakil Thailand, Chonburi, di Stadium Supachalasai di sini malam ini.

Kedah berjaya menyingkirkan Eastern Athletic, untuk muncul naib juara kumpulan selepas pasukan dari Hong Kong itu tewas 03 kepada Hanoi ACB di Hanoi.

Kedah mempunyai kelebihan jaringan untuk mengatasi Eastern Athletic di mana kedua-dua pasukan itu terikat tujuh mata sebelum perlawanan hari ini.

Chonburi menjadi juara kumpulan selepas mengumpul 15 mata dari enam perlawanan kumpulan.

Pada pusingan kedua membabitkan 16 pasukan, Kedah akan menentang wakil Vietnam, Binh Duong manakala Chonburi akan bertemu dengan pasukan PSMS medan dari Indonesia.

Jurulatih Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui pasukannya bertuah untuk mara ke pusingan seterusnya walaupun mengalami kekalahan.

"Kami datang ke sini tanpa beberapa pemain tonggak yang cedera selepas jadual perlawanan Liga Super yang ketat. Saya agak kecewa dengan barisan pertahanan yang mudah dibolosi," katanya.

Menurutnya, pemainnya tidak bermain bersungguhsungguh bagi mengelak kecederaan selepas mengetahui keputusan dari Hanoi sebelum babak kedua perlawanan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain