suria

Kereta Tee Grizzley ditembak, pengurus meninggal dunia

Pengurus Tee Grizzley, Jabina Brown meninggal dunia akibat terkena tembakan selepas dikejarkan ke hospital.

PENYANYI rap Tee Grizzley berhadapan dengan situasi cemas apabila ada individu telah menembak keretanya pada Selasa lalu.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, insiden tersebut menyebabkan pengurus Tee Grizzley, Jabina Brown yang turut berada di dalam kereta itu meninggal dunia.

Sumber terdekat memberitahu Tee Grizzley sempat keluar dari tempat duduk hadapan kereta ketika penembak tersebut mendekati dan melepaskan tembakan.

Tee sempat lari keluar dari kereta ketika penembak datang mendekati dan melepaskan tembakan. Foto: Bilboard.

"Tee Grizzley sempat lari keluar dari tempat duduk hadapan kereta ketika penembak itu datang mendekati untuk melepaskan tembakan," kata sumber.

Tambah sumber lagi, Tee dikatakan berada di tempat kejadian sehingga pengurusnya dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Sehingga kini kes yang melibatkan Tee atau nama sebenarnya Terry Wallace Jr. dan pengurusnya masih dalam siasatan dan tidak mengetahui punca sebenar kejadian tersebut berlaku.

Tee Grizzley, Jabina Brown

Artikel Lain