suria

Bekas isteri pelawak Indonesia Evelyn berkawan rapat dengan aktor Malaysia, Isa Khan

Evelyn berkawan rapat dengan aktor Malaysia, Isa Khan.

BEKAS isteri pelawak Indonesia Aming iaitu Evelyn dilaporkan kini berkawan rapat dengan pelakon Malaysia, Isa Khan.

Evelyn Nada Anjani memperkenalkan adik kepada Miller Khan itu kepada media selepas program di Studio Trans TV.

Bagaimanpun, Evelyn berkata, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat semata-mata.

"Teman tapi mesra, ini Isa. Teman yang baru kenal sahaja sekarang masih dalam proses mengenali," ujarnya seperti dipertik DetikHot.

Evelyn berkata, dia tertarik pada Isa ketika kali pertama bertemu dalam sebuah majlis perkahwinan adik lelaki itu.

"Kami berkenalan pada majlis pernikahan Alif, adik dia. Saya jadi DJ pada majlis itu," ujarnya," katanya.

Evelyn berkata, dia memberanikan diri untuk berkenalan dengan Isa pada majlis tersebut.

Tambahnya, dia mulai selesa untuk berbual pelbagai topik termasuk muzik.

Evelyn, Aming, Isa Khan, Miller Khan

Artikel Lain