MTDC Gesa Usahawan Untuk Manfaatkan Inovasi Teknologi

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) menawarkan bantuan kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan dengan menyediakan rakan kongsi yang tepat untuk mencapai sasaran itu, selain menyediakan bantuan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nurhalim Yunus berkata, melalui penglibatan dengan usahawan, penyelidik, ahli akademik serta agensi kerajaan, pihaknya berusaha keras untuk memupuk usahawan bagi meningkatkan keupayaan mereka dari segi inovasi teknologi.

“Ia tidak semestinya merujuk kepada teknologi tinggi atau canggih, tetapi usahawan mesti mempunyai penyelesaian dalam mengenal pasti teknologi yang sesuai dengan persekitaran semasa untuk mendapatkan hasil optimum untuk mereka berkembang,” katanya.

Untuk kekal kompetitif dalam pasaran global, Nurhalim berkata, negara ini perlu mempunyai sektor industri kecil dan sederhana yang cekap.

“Itulah apa yang kami cuba lakukan melalui siri jelajah kami dengan pihak yang berminat. Program kami di sini adalah satu daripada enam siri ceramah di seluruh negara tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis penutup Program Road2Growth hari ini.

Program Road 2 Funding MTDC telah dijenamakan semula sebagai Road2Growth awal tahun ini kerana perbadanan itu melihat peranannya bukan sahaja menyedia dana, tetapi juga menawarkan peluang yang lebih luas kepada usahawan teknologi untuk mengembangkan perniagaan dengan mendedahkan mereka kepada spektrum penuh perkhidmatannya.

Nurhalim berkata, walaupun MTDC kini menawarkan enam jenis dana bagi membantu syarikat dan usahawan di pelbagai peringkat perniagaan, bantuan kewangan bukan satu-satunya penyelesaian kepada cabaran perniagaan.

Berikutan itu, katanya, perbadanan itu juga menawarkan perangkaian yang lebih meulas kepada usahawan, termasuk dengan universiti dan penyelidik.

“Jika anda (usahawan) mempunyai wawasan dan bekerja keras untuk mencapainya, dengan rakan kongsi yang tepat anda akan berubah, contohnya daripada hanya sebagai subkontraktor kepada seseorang yang membangunkan produk itu sendiri… kami bersedia untuk membantu melalui teknologi, dengan mengguna sepenuhnya teknologi itu," katanya.

“Kami boleh menawarkan dana atau mengarahkan anda kepada rakan kongsi yang tepat. Saya tidak mahu membuat kenyataan secara umum, tetapi ada orang berkata mereka gembira dengan kedudukan sekarang.

“Kami perlu memberitahu mereka yang disebabkan Revolusi Perindustrian Keempat, permainan itu telah berubah," tambahnya.

Sebagai anak syarikat Khazanah Nasional Bhd dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kerajaan memberi kepercayaan kepada MTDC untuk menguruskan pelbagai dana pemadanan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh sehingga hari ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan