Jabatan Kastam Akan Dikorporatkan Januari 2018 - Irwan

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam akan dikorporatkan pada Januari tahun depan, lewat daripada jadual asal, disebabkan pelaksanaan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Ia kini dalam proses. Menjelang Januari 2018, saya harap Jabatan Kastam dikorporatkan,” katanya pada Persidangan GST 2018 di sini, Isnin.

Pada 13 Mac lepas,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata bahawa pengkorporatan itu merupakan ganjaran kerajaan kepada jabatan itu atas kecemerlangannya, dan menambah para petugas akan menikmati skim perkhidmatan yang lebih baik.

Najib turut memuji jabatan itu yang merupakan penyelamat negara, dengan berkata perlaksanaan GST telah menyelamatkan ekonomi negara.

Meskipun GST dikritik hebat, beliau berkata ia merupakan langkah berani kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.

Sementara itu, Irwan berkata Malaysia kini dalam kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus bagi 2017, susulan pertumbuhan ekonomi yang baik yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini.

"Tahun depan, angkanya akan lebih rendah dan diharapkan pada satu hari kelak, kita akan dapat mencatat bajet seimbang,” katanya.

Keluaran dalam negara kasar Malaysia berkembang melepasi jangkaan pada 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, melepasi unjuran pasaran pada 5.4 peratus tahun ke tahun, sebahagian besarnya disokong oleh penggunaan swasta, yang berkembang 3.8 peratus, diikuti pelaburan sebanyak 1.1 peratus.

Ekonomi negara  meningkat 5.6 peratus pada suku pertama, menjadikannya purata pertumbuhan kepada 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini.-- Bernama   

Tags / Kata Kunci: Kastam , GST

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan