suria

Kompleks Riverfront City Bangunkan Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Kompleks Riverfront City, Pekan Baru di sini akan melengkapkan Sungai Petani sebagai bandar yang pesat membangun dengan konsep moden, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

"Bangunan di kompleks ini bercirikan bandar di Australia dengan konsep alam semula jadi yang dilengkapi Art Street, Botanic Garden Walk, panggung wayang serta lebih 150 unit perniagaan.

"Apa yang lebih menarik ialah kompleks ini diharap dapat mewujudkan kesedaran bahawa adalah penting untuk memulihara dan memelihara kebersihan sungai demi generasi akan datang.

“Langkah yang dilaksanakan pemaju ini wajar dipuji," katanya semasa merasmikan kompleks itu, Isnin.

Ia dibangunkan River Front Reality Sdn Bhd.-- Bernama

Riverfront City, Sungai Petani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain