AMMB, RHB Tidak Jadi Bergabung

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 11:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd and RHB Bank Bhd pada Selasa membatalkan cadangan untuk bergabung ekoran masing-masing tidak setuju menerima terma dan syarat untuk amalan korporat.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, kedua-dua bank tersebut berkata, selepas banyak perbincangan dan rundingan dalam tempoh tiga bulan, mereka tidak dapat mencapai persetujuan.

"Kedua-dua kumpulan perbankan telah saling setuju untuk menamatkan rundingan dan tidak meneruskan penggabungan yang dicadangkan.

"Dalam hal ini, tempoh eksklusif berdasarkan perjanjian eksklusif antara pihak-pihak yang terlibat, bertarikh 1 Jun 2017 akan berakhir dan berkuatkuasa serta-merta," kata mereka.

Terdahulu, kedua-dua syarikat berkenaan akan mengemukakan kepada pihak berkuasa sama ada untuk meneruskan penggabungan mereka menjelang akhir bulan ini.

Jika pengabungan yang dicadangkan berlaku, ia akan mewujudkan kumpulan perbankan keempat terbesar di negara ini.

Kedua-dua bank sebelum ini menyatakan bahawa mereka sedang meneroka perjanjian pertukaran semua saham untuk penggabungan itu.

Berdasarkan angka pada akhir tahun lepas, aset gabungan RHB-AMMB berjumlah RM368.3 bilion, manala Public Bank Bhd pula adalah RM389.73 bilion.

RHB adalah pemberi pinjaman terbesar keempat, manakala AMMB adalah yang keenam terbesar berdasarkan saiz aset.

Kedua-dua bank itu akan menyambung semula dagangan pada hari Rabu.

Tags / Kata Kunci: AMMB , RHB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan