suria

Overseas Assurance Corp Dijenamakan Semula Sebagai Great Eastren General Insurance

KUALA LUMPUR: Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Bhd dijenamakan semula sebagai Great Eastern General Insurance (Malaysia) Bhd (GEGM).

GEGM dalam satu kenyataan berkata syarikat itu bersedia untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi jumlah pelanggannya, dengan memanfaatkan legasi dan warisan Great Eastern yang telah sekian lama bertapak di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Kok Kheng, berkata syarikat itu kekal komited kepada pelanggannya dan akan terus menumpukan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan inovatif bagi memenuhi keperluan mereka yang semakin  berkembang.

GEGM juga melancarkan pelan Great Shield Active, pelan kemalangan peribadi yang menyediakan perlindungan berganda dan tiga kali ganda bagi pengangkutan awam dan acara sukan awam bagi kemalangan yang mengakibatkan kematian dan ketidakupayaan kekal, dengan jumlah maksimum diinsuranskan sebanyak RM1.38 juta.

“Pelan itu amat berpatutan dan boleh dibeli tanpa memerlukan taja jamin bagi jumlah yang diinsuranskan sehingga RM880,000,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain