Penarikan Diri AS Daripada TPP Satu Perkembangan Merugikan - BNM

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menyuarakan kekecewaan terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menyifatkan ia sebagai perkembangan yang merugikan untuk ekonomi dunia, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, banyak perkara yang ditinggalkan tidak jelas berikutan langkah AS itu.

“Menutup sempadan dan membina tembok bangunan adalah langkah yang tidak betul, memandangkan pembuat dasar perlu menjadi lebih terhubung kepada keperluan semua,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Persidangan Musim Panas BNM-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini.

Awal tahun ini, Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk negara itu menarik diri daripada TPP secara rasmi, sebagai menepati janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya presiden.

Persetujuan TPP telah dirundingkan oleh pentadbiran bekas Presiden AS, Barack Obama dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015.

Muhammad berkata, terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian serius supaya globalisasi diterima masyarakat dunia, iaitu ekuiti, pendekatan dasar berpaksikan masyarakat dan menerima pakai kecanggihan teknologi.

“Dunia ini sedang berkembang dengan pesat dan negara-negara perlu mencari jalan untuk memaksimumkan pertumbuhan. Bagaimanapun, pendekatan dasar perlu memberi kesan positif kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata, komunikasi perlu berkesan untuk menyebarkan maklumat dan mengelakkan salah anggapan supaya penduduk dunia memahami manfaat globalisasi.

“Terdapat gerakan yang menentang globalisasi di seluruh dunia dan kita perlu menghadapinya, memandangkan wujud kebaikan dan kelemahan dalam dasar itu sendiri,” katanya.

Dari segi menerima pakai kecanggihan teknologi, Muhammad berkata, menjelang 2020, lebih 24 bilion peranti akan terhubung kepada Internet dan ia akan menjadi sia-sia, jika ruang berkenaan tidak dimanfaatkan.

“Kita perlu memperluaskan lingkungan globalisasi dengan merangkumkan mereka yang paling terkesan melalui dasar. Inilah langkah untuk mewujudkan sebuah negara sedunia untuk generasi akan datang,” katanya.

Persidangan Musim Panas BNM-IMF selama dua hari itu akan berakhir esok.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan