TDM Sasar Muncul Antara Syarikat Terbaik Bursa

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: TDM Berhad(TDM), sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu menyasarkan untuk muncul antara 100 syarikat terbaik di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2022 dengan bahagian pasarannya bernilai RM2 bilion.

Pengurus Besar KumpulanDatuk Mohamad Muda berkata dalam tempoh lima tahun itu perniagaan TDM yang antara lainnya bertumpukan kepada sektor perladangan dan kesihatan,dijangka mencecah sehingga RM1 bilion dengan keuntungan kira-kira RM200 jutadan mampu memberi dividen sehingga RM100 juta.

Bagi mencapai sasaran itu TDM perlu merangka usaha itu dari sekarang iaitu mengembangkan syarikat ini daripada perladangan (berskala) kecil kepada bersaiz besar.

Kita juga sudah memohon untuk memajukan tanah-tanah sama ada tanah milik anak syarikat kerajaan atau tanah kerajaan sendiri untuk dikembangkan supaya matlamat dan manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk atau rakyat negeri itu, termasuk menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan, katanya kepada Bernama pada majlis hari raya Menteri Besar bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, TDM juga merancang untuk menambah baikaspek kecekapannya dalam segmen perladangan dan kesihatan yang juga penyumbang utama dan terbesar kepada syarikat itu.

Menurutnya, setakat iniTDM memiliki 12 buah ladang sawit di Terengganu manakala 30,000 hektar tanah di Kalimantan, Indonesia dengan 13,000 hektar daripadanya adalah ladang sawit.

"Kita sedang berusaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dengan mengambil khidmat mereka yang berpengalaman bagi mengendalikan ladang di Kalimantan, katanya.

Dari segi kesihatan pula, TDM memiliki empat buah hospital iaitu Kuala Terengganu Specialist (KTS), Kuantan Medical Centre (Pahang), Kelana Jaya Medical Centre dan Taman Desa Medical Centre masing-masing di Kuala Lumpur.

Menyentuh hospital baru KTS di sini, Mohamad berkata hospital dilengkapi 130 katil itu melibatkan kos pembinaan melebihi RM100 jutayang dijangka beroperasi pada September ini.

TDM sedang menunggu sijil (memulakan operasi) daripada Kementerian Kesihatan dan sudah menghantar surat permohonan. Kita jangkaia dapat selesai dalam tempoh sebulan dan dapat beroperasi pada September, katanya.

MengulaskecekapanpentadbiranTDM, Mohamad berkata pihaknya mempunyai pelan transformasibagipeningkatan kemahiranpekerjanya.

Kita mahu pastikan kakitangan kita mahir untuk mewujudkan pengurusan cekap yang akhirnya akan menguntungkan TDM, para pemegang saham dan seterusnya masyarakat, katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan