Sebanyak 4,243 Rumah PR1MA Terjual Setakat Januari 2017 - Shahidan

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,243 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah terjual setakat Januari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata penjualan rumah PR1MA dijangka meningkat apabila lebih banyak projek dibuka dan dilancarkan kelak.

"Bagi meningkatkan jualan unit, PR1MA sedang mengadakan siri program Hari Terbuka di seluruh negara yang berkonsepkan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat bagi urusan pembelian kediaman PR1MA," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mengenai jumlah unit kediaman PR1MA yang telah terjual dan inovasi baharu yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan kualiti dan harga.

Shahidan berkata PR1MA menerapkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembangunannya, iaitu satu ekosistem lengkap yang mengambil kira tempoh pembinaan singkat, penggunaan kos optimum dan kualiti kediaman yang terjamin.

"Sebagai perbandingan, PR1MA mampu menyediakan dua unit kediaman contoh dalam tempoh 60 hari dengan sistem ini berbanding sistem konvensional yang memakan masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan.

"Pada masa ini, sebanyak 18,919 unit kediaman PR1MA sedang dibangunkan menggunakan sistem IBS dan dijangka projek-projek yang akan datang menggunakan kaedah inovatif ini," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PR1MA , Shahidan Kassim

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan