Petronas Pertimbang Penempatan Semula Projek LNG Di Kanada

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempertimbangkan untuk menempatkan semula projek terminal eksport gas asli cecair (LNG) Pacific NorthWest yang dirancang di utara British Columbia, Kanada.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata syarikat akan membuat penempatan semula jika pihak berkuasa Kanada mendapati langkah itu perlu.

"Kita perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti di tempat yang tidak sesuai dan juga lokasi yang wajar," katanya kepada pemberita pada Tadbir Urus Ekonomi pada Forum Tadbir Urus Sektor Awam di sini pada Isnin.

Sidek berkata demikian semasa mengulas mengenai cabaran terkini pelan LNG Petronas, yang menerima kesan daripada keadaan politik semasa Kanada.

Dalam laporan oleh Bloomberg, John Horgan, ketua New Democratic Party wilayah itu, menekankan projek LNG tersebut semasa kempen beliau baru-baru ini, yang menyatakan ia "di tempat yang tidak sesuai". 

Horgan berazam untuk 'mencari tempat yang lebih baik dan cara yang lebih baik' untuk membina terminal eksport gas itu, jika beliau menjadi Perdana Menteri wilayah itu.

Petronas dilaporkan mempertimbangkan untuk menukar pelannya bagi terminal eksport LNG untuk mengelak kawasan marin yang sensitif yang telah menjadi kontroversi. 

Mengenai keupayaan Petronas untuk membayar dividen RM13 bilion kepada kerajaan pada tahun ini dan sama ada syarikat mempertimbangkan untuk membuat semakan semula susulan kenaikan harga minyak, Sidek berkata, ia adalah jumlah yang telah diperuntukkan.

Terdahulu, dalam ucapannya pada forum MEA, Sidek berkata, integriti adalah mengenai melakukan perkara yang betul, walaupun tanpa sesiapa yang melihatnya.

"Ketelusan berada dalam kawalan kita. Kita perlu berani untuk bersuara dan berkongsi pandangan dan idea, walaupun ia mungkin berbeza daripada yang lain," katanya.

-- BERNAMA   AHA NII THS NJ 13/02/2017 17-42ST
Tags / Kata Kunci: Petronas

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan