SunReit Beli Tanah, Bangunan Di Shah Alam Pada Harga RM91.5 Juta

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sunway Real Estate Investment Trust (SunReit) memeterai perjanjian jual dan beli bersyarat dengan Champion Edge Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah pegangan pajak bersama bangunan di atasnya, di Shah Alam, dengan harga RM91.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, SunReit berkata cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan objektif utama pelaburan untuk membeli dan melabur dalam hartanah yang membuahkan hasil.

"Cadangan pembelian itu dijangka memberi manfaat kepada pemegang unit dengan menambah baik pempelbagaian portfolio aset kami, serta, meningkatkan lagi sumber pendapatan sewa yang diterima ketika ini," kata syarikat itu. 

Rasional lain bagi cadangan pembelian itu termasuklah menambah baik pendapatan dan pengagihan seunit kepada pemegang unitnya, serta, meningkatkan kestabilan pendapatannya menerusi arus pendapatan mapan bagi tempoh pajakan belum tamat kira-kira 18 tahun. 

"Cadangan pembelian itu tidak dijangka memberi sebarang kesan ketara kepada pendapatan SunReit bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun, 2017. 

"Ia dijangka menyumbang kepada pendapatan SunREIT bagi tempoh jangka panjang," kata syarikat itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: SunReit , Shah Alam

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan