SSM Tambah Perkhidmatan ezBiz Online

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menambah perkhidmatan ezBiz Online dengan memperkenalkan pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran pemilik tunggal atau perkongsian.

"Tidak lagi perlu untuk melakukan perjalanan ke mana-mana cawangan SSM bagi perkhidmatan ini. Ia boleh digunakan oleh semua pelanggan SSM kerana ia bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan kos, masa dan tenaga," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

ezBiz Online yang diperkenalkan pada 17 September tahun lepas merupakan projek perintis SSM dan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Oktober 2015.

Pada awalnya, perkhidmatan ini hanya tertumpu kepada pembaharuan pendaftaran perniagaan, tetapi sekarang, ia turut memperkenalkan pendaftaran perniagaan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, berkata sebanyak  5,031 pendaftaran pembaharuan perniagaan dan 318 pendaftaran perniagaan telah dilakukan melalui ezBiz Online sehingga sekarang ini.

"Urusan seperti ini akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang," katanya. 

SSM sedang berusaha untuk mengembangkan perkhidmatan ezBiz bagi meliputi pertukaran perniagaan dan penamatan perniagaan sedia ada.

Untuk memastikan bahawa semua pelanggan menikmati kemudahan perkhidmatan ini, mereka dinasihatkan membuat pendaftaran sebagai pengguna ezBiz lebih awal dan datang ke SSM sekali sahaja dalam seumur hidup bagi tujuan pengesahan sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut, katanya.

Untuk maklumat lanjut, lawati portal web ezBiz di ezbiz.ssm.com.my.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SSM , ezBiz Online

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan