Carousell Ambil Alih Caarly Untuk Teroka Iklaneka Kereta - Niaga | mStar

Carousell Ambil Alih Caarly Untuk Teroka Iklaneka Kereta

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat aplikasi iklaneka mudah alih,  Carousell, mengambil alih syarikat tunas Singapura, Caarly, untuk meletakkannya pada kedudukan yang kukuh sebagai pemimpin dalam iklaneka kereta.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Siu Rui Quek berkata pengambilalihan itu membolehkan syarikat berkenaan memanfaatkan hubungan Caarly dengan pengedar kereta, membolehkan pengguna mendapat pilihan luas mengenai kenderaan dalam pasaran Iklaneka.

Dalam satu kenyataan beliau berkata pengambilalihan itu juga membolehkannya memudahkan pengalaman jualan dan belian secara dalam talian kepada semua pengguna, memudahkan pengedar kereta dan penjual individu menggunakan telefon pintar untuk merakam foto, menyenarai dan menjual hanya dalam tempoh 30 saat.

Caarly ialah peralatan produktiviti mudah alih pertama yang memudahkan pengedar kereta terpakai mengurus inventori mereka.

Sejak dilancarkan di Singapura pada 2014, Caarly merupakan rakan kongsi yang dipercayai bagi lebih 200 pengedar kereta, yang membentuk sebahagian besar daripada pengedar di Singapura.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Carousell , Caarly , Siu Rui Quek
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan