200 Produk Halal Tembusi Pasaran Kemboja

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 6:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Sebanyak 200 produk halal tempatan termasuk kosmetik berjaya menembusi pasaran Kemboja dan mendapat sambutan memberangsangkan sejak dua tahun lepas.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek berkata susulan itu, pihaknya giat memperkasakan lagi pemasaran barangan halal Malaysia di Kemboja sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan tempatan.

Antara langkah yang sedang diusahakan adalah program suai padan perniagaan pengeluar barangan halal Malaysia dengan rakan dagang Kemboja, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan di sini, Rabu.

Beliau berkata antara produk yang berjaya dipasarkan di negara berkenaan ialah roti canai, sosej, daging burger, biskut, makanan dalam tin, makanan ringan, rempah ratus dan bijirin sarapan.

Barangan produk kosmetik dan ubat-ubatan yang telah diperakui halal juga telah mula masuk ke pasaran Kemboja, katanya.

Justeru itu, beliau berharap lebih ramai usahawan Malaysia mengambil peluang memasarkan produk halal mereka di negara itu.

Dalam perkembangan lain, Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah, mahu kerajaan mempertimbangkan peruntukan dalam Bajet 2017 untuk menaik taraf kemudahan di UiTM Negeri Sembilan.

Beliau turut meminta supaya kursus pengajian di UiTM tersebut ditambah supaya lebih ramai pelajar dapat melanjutkan pengajian di cawangan berkenaan.

Ketika ini, UiTM itu menempatkan 1,700 penuntut bidang biologi, mikro biologi, tekstil, teknologi makanan dan kimia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Halal , Kemboja

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan