Cukai Eksport Minyak Sawit Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cukai eksport minyak sawit mentah akan meningkat kepada 6.5 peratus pada Oktober daripada lima peratus pada masa kini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi satu pekeliling berkata cukai baharu itu dikira berdasarkan kepada harga rujukan RM2,879.47 setan metrik.

Pekeliling berkenaan yang boleh didapati di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia, menyatakan sekiranya harga di bawah RM2,250 setan metrik, cukainya sifar.

Bagaimanapun, cukai 4.5 peratus akan dikenakan, jika harga bergerak melebihi  RM2,250 setan metrik.

Sekiranya harga antara RM2,851 dan RM3,000 setan metrik, cukai sebanyak 6.5 peratus akan dilevi terhadap pengeksport.

Cukai boleh meningkat sehingga maksimum 8.5 peratus.

Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia.

Pada Ogos 2016, eksport minyak sawit Malaysia naik 30.89 peratus kepada 1.81 juta tan metrik berbanding 1.38 juta tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Palm Oil Analytics (POA), penerbit berita, harga, data dan analisis bebas dalam talian, berkata kadar cukai yang lebih tinggi mungkin bukan langkah pandangan jauh dan boleh menjejaskan eksport.

Eksport minyak sawit Malaysia susut sebanyak 8.7 peratus kepada 669,866 tan metrik pada separuh pertama September daripada 733,369 tan metrik yang dicatatkan semasa tempoh yang sama pada Ogos.

POA berpendapat untuk merangsang eksport, terutamanya bagi usaha merapatkan jurang minyak sawit dan soya, cukai eksport perlu diturunkan untuk menguasai permintaan di negara-negara yang sensitif harga.

"Kita mungkin tidak dapat melihat peningkatan dalam eksport pada September untuk mengelak daripada cukai eksport yang lebih tinggi, kerana kebanyakan tempahan bagi September telah selesai dan ditutup," kata POA dalam Laporan Pasaran Pertengahan Asia.

Kali terakhir Malaysia menaikkan cukai ialah pada Julai kepada 5.5 peratus, sebelum menurunkannya kembali kepada lima peratus, dan tepat masa untuk perayaan  musim luruh dari China.

Pada Oktober, permintaan bermusim akan berkurangan manakala permintaan sempena Deepavali dari India, akan berakhir. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Minyak Sawit , Cukai

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan