Touch 'n Go Perkenal Aplikasi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Touch 'n Go Sdn Bhd (TnG) merancang melancarkan aplikasi digital pada suku pertama tahun depan yang akan membolehkan urus niaga tanpa tunai antara pelanggan, peruncit kecil dan peniaga gerai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Syahrunizam Samsudin berkata ini akan membolehkan penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik itu memanfaatkan segmen tersebut yang berpotensi baik dalam mengembangkan tawaran perkhidmatannya.

"Kami masih dalam proses pembangunan dan menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas pelancaran hab pelanggan baharu TnG di sini, pada Khamis oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

CIMB Group memiliki 52 peratus pegangan dalam Touch'N Go Sdn Bhd manakala MTD Capital Bhd 28 peratus dan PLUS Expressways Bhd baki 20 peratus.

Syahrunizam berkata aplikasi itu bukan sahaja sejajar dengan wawasan syarikat tersebut untuk menjadi peneraju perkhidmatan e-pembayaran tetapi juga membantu mengembangkan perkhidmatannya dalam sektor runcit.

Ketika ini TnG sedang berbincang dengan beberapa kedai serbaneka untuk memperkenalkan perkhidmatan pilihan urus niaga tanpa tunainya selepas menempatkannya di pasar raya besar termasuk Tesco dan Mydin.

Ia kini menawarkan perkhidmatan itu di kedai serbaneka seperti KK Super Mart dan myNEWS.com.

Menurutnya, sektor pengangkutan menyumbang 98 peratus kepada hasil syarikat manakala baki dua peratus daripada sektor runcit.

Mengenai hab pelanggan, Syahrunizam berkata TnG merancang memperuntukkan kira-kira RM4 juta untuk membuka tiga lagi hab, dalam tempoh 12 bulan akan datang bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan tanpa tunai.

Ketika ini, katanya, TnG memiliki 16.2 juta kad aktif dalam edaran, menyediakan perkhidmatan kepada 1.8 juta pelanggan setiap hari dengan lima juta urus niaga dilakukan setiap hari.

Hab yang baru dilancarkan itu adalah yang keempatnya seumpamanya di negara ini yang mana tiga terletak di Lembah Klang dan sebuah di Johor Bahru.

Ciri-ciri utama hab itu termasuklah waktu operasi dilanjutkan sehingga 10 malam, tujuh hari seminggu, kiosk layan diri dan akses Wi-Fi percuma.

Sementara itu, mengenai kemungkinan syarikat itu disenarai awam, Syahrunizam berkata TnG tidak ada sebarang perancangan dalam waktu terdekat ini kerana ia sedang menumpukan untuk menambah baik perkhidmatan serta memperkenalkan produk baharu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Touch 'n Go , Aplikasi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan