suria

TNB Meterai PPA 21 Tahun Dengan Southern Power

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 21 tahun dengan Southern Power Generation Sdn Bhd (Southern Power).

Southern Power yang juga anak syarikat milik penuh SIPP Energy Sdn Bhd akan membina, memiliki, mengurus dan menyenggara loji janakuasa gas berkapasiti 1,440 megawatt di Pasir Gudang, Johor, kata TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Kemudahan itu melibatkan dua blok penjanaan dengan setiap satunya berkapasiti 720MW dan disasarkan bagi operasi komersial pada 1 Jan, 2020.

PPA itu menggariskan tanggungjawab pihak terbabit untuk menjual dan membeli kapasiti penjanaan dan sehingga tahap penghantarannya serta tenaga elektrik yang dijana daripada loji berkenaan.

Ia tidak memberi sebarang kesan terhadap modal terbitan dan berbayar TNB,  pegangan penting pemegang saham serta pendapatannya sepanjang tempoh PPA berkenaan. - BERNAMA

TNB

Artikel Lain