Proton Persona Baharu Dilancarkan Ogos

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Proton Persona baharu akan dilancarkan pada Ogos disusuli dengan Saga baru pada September dan Suzuki Ertiga (MPV) pada Oktober.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali dalam satu taklimat media yang diadakan.

Suzuki Ertiga berasaskan MPV 1.4 liter itu diletakkan setanding dengan Proton Exora, dimana ia akan bersaing dengan Perodua Alza.

Ketua Pereka Proton, Azlan Othman berkata Perdana, Persona dan Saga baharu direka sebagai satu keluarga.

"Apabila semua kereta ini dikeluarkan nanti, anda akan dapat melihat persamaan dalam reka bentuk," katanya.

Selain itu, Perdana baharu yang ditampilkan dengan platform dan rangkaian kuasa Honda Accord dijangka bakal menggunakan enjin baharu turbocharged NE01 berkapasiti 2.0 liter yang baharu dibangunkan Petronas pada tahun 2017 atau 2018.

Enjin NE01 itu juga merupakan kerjasama antara Petronas dan Proton.

Pada Januari lalu, Proton mengumumkan kerjasama bersama syarikat kejuruteraan British, Ricardo untuk membangunkan generasi enjin NE01 yang dijangka siap pada akhir 2017.

Enam varian enjin akan digunakan dalam kereta Proton pada 2018 iaitu 1.0 liter 3 silinder Variable Valve Timing (VVT), 1.2 liter 3 silinder VVT, 1.3 liter 4 silinder Gasaline Direct Injection (GDI), 1.5 liter 4 silinder GDI, 1.3 liter 4 silinder Turbocharged Gasoline Direct Injection (TGDI) dan 1.5 liter 4 silinder TGDI.

Menurut Proton, keluarga baru enjin tersebut boleh memberi 20 peratus prestasi lebih tinggi dan purata penggunaan bahan api 25 peratus lebih rendah.

Enjin baharu tersebut akan menjadi lebih hebat dengan ciri yang menjimatkan bahan api.

Selain daripada VVT, enjin baru itu akan mempunyai ekzos bersepadu dan dikatakan kos penyelenggaraan lebih rendah serta mempunyai ketahanan jangka masa yang lebih lama.


Tags / Kata Kunci: proton

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan