Firma India Batal Cadangan Jual Anak Syarikat Di Malaysia Pada AS$500 Juta

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ballarpur Industries Ltd (BILT), kilang pulpa dan kertas terbesar di India, telah membatalkan cadangan penjualan anak syarikatnya di Malaysia, Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI), kepada Pandawa Sakti Sdn Bhd pada US$500 juta (kira-kira RM2.02 bilion).

Ballarpur, yang memiliki 98.08 peratus pegangan melalui firma pelaburan  berpangkalan di Belanda, Ballarpur Paper Holdings BV dalam SFI, membatalkan perjanjian selepas pembeli tidak dapat memenuhi tarikh akhir setelah beberapa kali lanjutan masa.

"Oleh kerana transaksi itu belum disempurnakan dalam tempoh yang lama sehingga 30 Jun 2016 dan berdasarkan permintaan oleh Pandawa Sakti (Sabah) Sdn Bhd, Ballarpur Paper Holdings BV menamatkan perjanjian jualan saham itu," katanya dalam makluman kepada Bursa Saham Bombay, Khamis.

Berikutan penamatan itu, syarikat itu juga memohon jaminan prestasi sebanyak US$50 juta (RM202 juta) yang diberikan oleh pembeli, katanya.

Ballarpur menandatangani perjanjian untuk menjual keseluruhan kepentingannya dalam SFI pada September lepas dan pada asalnya dijangka memuktamadkan perjanjian itu dalam tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, selepas itu, tarikh akhir pertama kali dilanjutkan hingga Februari, kemudian April dan Mei sebelum pihak-pihak terlibat membuat keputusan mengenai tarikh akhir pada 30 Jun, 2016.

Ballarpur berhasrat untuk menggunakan hasil daripada cadangan penjualan itu untuk mengurangkan hutangnya.

Menurut laporan, syarikat itu telah memperoleh SFI, syarikat kertas terbesar Malaysia pada US$261 juta (RM1.05 bilion) pada 2007.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SFI , Ballarpur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan