Microsoft Lancar Tech4Good, Dekatkan NGO Dengan Teknologi Abad Ke-21

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 7:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Microsoft Malaysia telah melancarkan "Tech4Good", inisiatif bertujuan untuk memperkasakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan teknologi dan sumber abad ke-21 untuk transformasi digital, di sini, Selasa.

Aktiviti di bawah inisiatif itu menampilkan amalan terbaik, maklumat teknologi dan kajian kes bagi memanfaatkan teknologi Microsoft kepada lebih 100 NGO.

Pengarah urusan .Microsoft Malaysia K Raman berkata, usaha ini sejajar dengan matlamat Microsoft untuk membekalkan NGO dengan teknologi, komuniti dan sumber yang diperlukan.

"Kami melabur aset terbesar kami dalam program dan perkongsian digital  untuk membantu memberi manfaat teknologi kepada setiap orang dan organisasi termasuk NGO.

"NGO mempunyai misi tersendiri mengenai bagaimana mereka boleh membantu komuniti dan kami percaya bahawa melalui teknologi kami boleh membantu mereka,"  kata beliau pada sidang media di sini, Selasa. 

"Tech4Good" Microsoft Malaysia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun di bawah Minggu Dermawan Microsoft Malaysia bersama Yayasan Salam Malaysia selaku rakan kongsi pembangunan kapasiti Microsoft Malaysia untuk Tech4Good 2016.

Kempen yang berlangsung dari 28 Mei hingga 12 Jun itu termasuk kerjasama dengan entiti-entiti persendirian dan bukan bermotifkan keuntungan.

Antara NGO yang mendapat manfaat daripada sumbangan teknologi Microsoft ialah Yayasan Salam Malaysia, Yayasan Generasi Gemilang dan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation (Tzu Chi). 

Microsoft juga telah menyumbang lebih US$922 juta (US$1 = RM4.12) dalam perisian dan perkhidmatan kepada lebih 120,000 NGO di peringkat global termasuk lebih daripada satu juta lesen baharu Office 365 bagi pekerja-pekerja bukan berasaskan keuntungan dan sukarelawan strategik.

"Kami sedang melaksanakan proses penciptaan semula produktiviti perniagaan membabitkan semua organisasi dan memastikan "intelligence cloud" kami boleh diakses oleh semua.

"Kami juga sedang menghasilkan komputer peribadi yang lebih mesra pengguna untuk digunakan," kata Raman.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Microsoft , NGO

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan