Koperasi Tentera Bakal Jadi Bank Koperasi

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 4:38 PM

Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (tengah) bercakap sesuatu kepada Panglima Tentera Darat merangkap naib Yang dipertua Koperasi Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor (kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke 51.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) bakal dinaiktaraf menjadi Bank Koperasi Tentera tidak lama lagi, kata Pengerusinya Mejar Jen (B) Datuk Zulkiflee Mazlan.

Beliau berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberi kelulusan mengenai perkara itu pada 18 Mei lepas.

"Kami (Koperasi Tentera) telah melepasi tahap pertama untuk menjadi sebuah Bank Koperasi, jadi dalam 15 sehingga 20 peratus lagi untuk kami melengkapkan persiapan supaya dapat memenuhi kehendak Bank Negara," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-51 di Kem Sungai Buloh, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata bank itu akan mempunyai organisasi sendiri dan Koperasi Tentera telah mula menguruskan pentadbiran bank itu.

Mesyuarat Agung Koperasi Tentera itu dirasmikan oleh Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, yang juga Yang Dipertua Koperasi Tentera.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Lt. Jen Datuk Affendi Buang.

Zulkiflee berkata bank Koperasi Tentera itu akan menawarkan pelbagai produk perniagaan bank yang akan ditentukan oleh SKM.

"Saya berharap sangat pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan dapat kami menjadi sebuah Bank Koperasi," katanya.

Usaha menaiktaraf koperasi itu bermula pada 2013.  

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan