Petronas-Alltruck Bekerjasama Untuk Bengkel Kenderaan Komersil

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants International (PLI) akan bekerjasama dengan Alltruck plc, sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan dari United Kingdom bagi memperkenalkan bengkel berjenama yang pertama untuk kenderaan komersil.

Katanya, bengkel yang memakai jenama Petronas ini berpegang kepada saranan  nilai pelanggan syarikat itu dan telah bersedia untuk membentuk rangkaian yang terdiri daripada 3,500 bengkel jenama itu yang akan ditubuhkan di seluruh Eropah dalam tempoh lima tahun.

Ketua Wilayah PLI bagi Eeropah, Alessandro Orsini berkata gabungan dengan Petronas yang dikenali sebagai peneraju dalam teknologi minyak pelincir akan membolehkan bengkel swasta seperti Alltruck plc mendapat manfaat daripada pengiktirafan jenama yang lebih kukuh.

"Kami mahu memberikan nilai yang lebih ketara melalui penyelesaian inovatif yang direka untuk mempertingkatkan dan menyokong perniagaan bengkel tersebut serta menyediakan perkhidmatan khusus yang memenuhi keperluan perniagaan bengkel dan aspirasi pertumbuhannya," katanya dalam satu kenyataan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Petronas , Alltruck

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan