Kilang SUV Lotus Di China Mungkin Dibina Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kilang pembuatan bagi Proton Holdings Bhd mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Lotus di Quanzhou, di tenggara wilayah Fujian, mungkin akan dibina akhir tahun ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Quanzhou, Wang Ke Si berkata pengeluar kereta itu memilih Quanzhou sebagai pangkalan pembuatannya berikutan kemudahan sokongan automotifnya yang kukuh dan bantuan kerajaan tempatan yang baik.

Beliau berkata, projek itu, dengan jumlah pelaburan sebanyak 10 bilion yuan, akan termasuk pembinaan kemudahan pembuatan, ibu pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan.

Kemudahan itu akan mengeluarkan SUV Lotus yang akan dijual di seluruh China dan juga negara Asia yang lain, kata Wang kepada kumpulan wartawan Asia Tenggara yang mengikuti lawatan media selama tujuh hari ke Beijing, Tianjian, selatan Suzhou dan Quanzhou.

"Ia masih dalam proses. Kajian penggunaan tanah telah selesai dan kami telah menghantar dokumen berkaitan kepada kementerian, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC) serta suruhanjaya berkaitan lain. Kami akan bermula pada akhir tahun ini," katanya.

Lawatan media yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Asia Kementerian Luar dan dibantu oleh ICC itu, bertujuan memberikan wartawan Asia Tenggara pemahaman yang lebih baik mengenai kerjasama kapasiti pengeluaran China.

Inisiatif pangkalan pengeluaran China yang baru itu berikutan perjanjian usaha sama yang ditandatangani antara Proton, Lotus Group International Ltd dan Goldstar Heavy Industrial Co Ltd pada April tahun lepas.

Syarikat usaha sama itu akan mengeluarkan dan menjual kereta penumpang  berjenama Lotus serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan dengan produknya di China.

Dilaporkan bahawa Proton dan Goldstar masing-masing akan memegang 50 peratus daripada modal berdaftar.

Berdasarkan pelan perniagaan awal dipersetujui bersama yang meliputi tempoh 2015 hingga 2030, syarikat menjangkakan jumlah pelaburan sebanyak 10 bilion yuan (RM5.84 bilion).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SUV Lotus , Fujian , Proton Holdings Bhd

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan