Kerajaan Kaji Mekanisme Apungan Bebas Tentukan Harga Minyak - Chua Tee Yong

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 1:57 PM

Chua Tee Yong
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan mekanisme pengapungan bebas bagi menggantikan pengapungan terkawal dalam menentukan harga runcit minyak.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, pelaksanaan apungan bebas mungkin memberikan impak positif dari segi persaingan antara pengusaha minyak yang akhirnya akan menguntungkan pengguna.

Bagaimanapun kajian secara menyeluruh, termasuk kesan terhadap pengguna dan pengusaha, perlu dijalankan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, katanya.

"Kerajaan memang sedang mengkaji apungan terkawal secara bulanan sekarang ini digantikan kepada kaedah apungan bebas. Tetapi belum ditentukan sama ada harga minyak akan ditentukan setiap hari, seminggu sekali atau dua minggu sekali," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang meminta kepastian sama ada kerajaan mahu melaksanakan kaedah apungan bebas seperti di sesetengah negara maju dalam penentuan harga minyak negara ekoran ketidakstabilan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Sementara itu, beliau berkata menerusi mekanisme pengapungan terkawal yang dilaksanakan sekarang, harga minyak di negara ini masih antara yang terendah berbanding negara jiran lain, selain kerajaan tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas bahan api itu.

Menjawab soalan asal Mohd Suhaimi mengenai mekanisme mengekalkan harga minyak yang rendah, terutama RON95, untuk jangka masa tertentu, Chua berkata kerajaan buat masa ini akan meneruskan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal yang dilaksanakan sejak 1 Disember 2014.

"Melalui mekanisme ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel ditentukan berdasarkan purata harga pasaran sebenar bahan tersebut bagi bulan sebelumnya.

Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia menurun, harga runcit petrol RON95 dan diesel di stesen minyak juga akan menjadi lebih rendah, begitulah sebaliknya," katanya.

Pada Mei ini, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter manakala diesel dijual pada RM1.55 seliter seperti bulan lepas.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Chua Tee Yong , minyak , Dewan Negara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan