Top Glove Akan Beli Semula Saham Pada Harga Wajar

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 2:18 PM

Tan Sri Lim Wee Chai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengeluar sarung tangan, Top Glove Corp Bhd pada Rabu menegaskan yang ia tidak berhasrat melaksanakan program belian semula saham-sahamnya pada masa ini, kecuali ia susut ke paras yang disifatkannya sebagai wajar, kata Pengerusi syarikat, Tan Sri Lim Wee Chai.

Kami sudah mendapat kelulusan para pemegang saham dan menunggu untuk melaksanakan program itu pada bila-bila masa. Malah, kami sudah menyediakan wang tunai bersih sebanyak RM360 juta.

"Bagaimanapun, tumpuan kami bukanlah kepada usaha mengaut untung daripada pembelian semula saham-saham itu kerana ia bukan perniagaan utama kami," katanya ketika mempengerusikan pembentangan syarikat itu pada acara dua hari Invest Malaysia Kuala Lumpur Kali Ke-12 (IMKL 2016) di sini, Rabu.

Jelas Lim, syarikat itu sudah dua kali melaksanakan program pembelian semula saham yang turut membawa untung. Namun, pada masa ini syarikat itu akan menumpukan aspek peningkatan kualiti, kecekapan kos serta pengembangan perniagaan.

Selain itu, beliau berkata syarikat itu akan membuat penyenaraian kedua di Bursa Saham Singapura pada 28 Jun ini.

"Ia bertujuan mempertingkat imej syarikat, menambah mudah tunai, mewujudkan nilai kepada para pelabur serta pemegang saham. Usaha ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan pemegang saham terhadap syarikat ini," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu yang ketika ini memiliki 27 buah kilang (22 di Malaysia, empat di Thailand dan sebuah di China), akan menambah sebanyak tujuh lagi kilang dalam masa lima tahun ini.

Sementara itu, mengulas pelaksanaan langkah gaji minimum di Malaysia mulai 1 Julai, 2016, Pengarah Urusannya, Lee KM berkata ia melibatkan peningkatan gaji sebanyak 11 peratus kepada RM1,000 dan kenaikan kos buruh syarikat sebanyak satu peratus.

Buat masa ini, kos buruh berkenaan adalah kira-kira 10 peratus daripada kos keseluruhan Top Glove.

Lee turut memberi jaminan bahawa syarikat itu akan menyerap kos berkenaan dan tidak akan menaikkan harga sarung tangan keluarannya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan