Kumpulan Ramly Bolot Anugerah Kecemerlangan Industri Halal

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Industri Halal bersempena penganjuran Persidangan Halal Dunia 2016.

Pengiktirafan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) itu disampaikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemilik dan pengasas Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni, pada satu majlis makan malam penghargaan Minggu Halal Dunia, di sini, Rabu malam.

Anugerah tahunan itu diberikan kepada individu atau organisasi yang terbukti memberi sumbangan besar selain mencapai standard tinggi dalam industri halal.

Kumpulan Ramly, satu nama besar yang terbabit dalam pengeluaran produk makanan halal, bersih dan bermutu tinggi berasaskan daging, ayam dan makanan laut dengan perolehan pendapatan kira-kira RM2 bilion setahun.

Pada masa ini, produknya dieksport ke enam negara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja serta Bangladesh.

Persidangan Halal Dunia anjuran HDC, diadakan di ibu negara pada 30-31 Mac manakala Minggu Halal Dunia 2016 pula pada 28 Mac hingga 2 April ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan