MAS Susun Semula Kabin Kelas Perniagaan Pesawat A330-300

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airlines Bhd (MAB) melancarkan kabin kelas perniagaan pesawat A330-300 yang diperbaharui dengan tempat duduk direka bagi menyediakan penumpang dengan lebih banyak ruang, privasi, fleksibiliti untuk bekerja dan tidur.

Tempat duduk itu juga dilengkapi dengan sistem hiburan skrin sentuh 16 inci dalam penerbangan dengan ruang penyimpanan tambahan untuk barang-barang peribadi.

Tempat duduk berkelebaran 20 inci boleh diratakan sepenuhnya menjadi katil 76 inci, lengkap dengan tempat tidur yang empuk untuk membolehkan penumpang berehat dengan selesa.

Bercakap pada majlis pelancaran kelas perniagaan pesawat A330 yang diperbaharui itu di Kompleks Kejuruteraan MAB di sini hari ini, Ketua Pegawai Komersial MAB Paul Simmons berkata tempat duduk baharu berkenaan menandakan permulaan pelancaran produk menarik untuk penumpang.

"Semua pesawat A330-300 akan dipasang dengan kabin kelas perniagaan baru, proses yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai bulan ini.

"Proses membaik pulih kesemua 15 pesawat A330 MAB akan siap pada September," katanya.

Tempat duduk kelas perniagaan baru boleh didapati dalam pesawat A330 Malaysia Airlines bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China dan India mulai bulan ini.

PesawatA330 dikonfigurasikan semula itu akan mempunyai 27 tempat duduk kelas perniagaan baru dan 263 tempat duduk kelas ekonomi.

Simmons berkata penerbangan MH141 dari Kuala Lumpur ke Sydney esok (23 Mac) akan menjadi yang pertama menampilkan kabin yang dirombak semula ini.

"Kami juga yakin tempat duduk ini akan terus menambah baik dan memperkukuhkan lagi produk premium dan perkhidmatan yang kami ditawarkan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan