Mercedes-Benz Yakin Kekalkan Momentum Jualan Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd yakin dapat mengekalkan momentum jualan bagi tahun ini berdasarkan penerimaan baik pasaran serta rangkaian produk terbaik yang ditawarkannya.

Naib Presiden Jualan Pemasaran, Mark Raine berkata tahun lepas terbukti berakhir dengan baik bagi syarikat itu yang disusuli permulaan positif bagi 2016  menerusi peningkatan permintaan.

"Jelas sekali kami tidak terjejas dengan perkembangan yang berlaku. Malah, kami menerima ramai pelanggan serta pesanan baharu.

"Kami juga optimis dengan rangkaian produk hebat yang ada dan dapat  meneruskan aliran pertumbuhan ini," katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran edisi terbaharu model A-Class kenderaan mewah itu di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sama ada perkembangan ekonomi semasa turut menjejaskan pertumbuhan syarikat berkenaan.

Syarikat itu mencatatkan jumlah jualan tertingginya pada tahun lepas dengan sejumlah 10,845 unit kenderaan penumpang dijual setakat 31 Dis, 2015 - peningkatan jualan sebanyak 56 peratus bagi tahun ke tahun berbanding 6,932 unit, tahun lepas.

"Pada tahun lepas, Mercedes-Benz berjaya menjual 832 unit model A-Class dan bagi segmen kereta kompak premium secara keseluruhannya, kami dapat mencatat jualan lebih 2,811 unit," katanya.

Pada majlis Khamis, Mercedes-Benz melancarkan model terbaharu A 180, A 200 AMG Line, A 250 Sport dan A 45 Matic yang disasarkan kepada golongan muda dan mereka yang gemarkan pengembaraan.

Harga (di atas jalan) bagi model A 180 adalah RM195,888 seunit; A 250 Sport (RM205,888); A 200 AMG Line (RM205,888) manakala A 250 sebanyak RM238,888.

"Menerusi lanjutan portfolio A-Class, kami dapat menarik lebih ramai pelanggan memilih jenama ini, khususnya menerusi model A 180," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mercedes-Benz , Mark Raine

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan